Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 
 Jawatan :  PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
 Kod Gaji :  S41
 Kod Skim :  MAIDAM
 Jabatan :  Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Sosial
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pengurusan & Profesional

 Taraf Jawatan : Contract Of Service
 

 2. SYARAT LANTIKAN :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Terdiri daripada rakyat negeri Terengganu;
 
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
 
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,078.00).

 
atau
 
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86).
 

 3. SYARAT-SYARAT LAIN:

 
(a) Syarat Bahasa Melayu :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
(i) Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
 
(ii) Mempunyai pengalaman atau penglibatan dalam program atau aktiviti sosial kemasyarakatan.
 
(iii) Boleh merancang dan merangka program atau aktiviti berkait Wakaf dan Sumber Am.
 

 5. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

 
Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
 

 6. CARA MEMOHON:

 
(a) Borang permohonan : Permohonan hendaklah diisi SECARA ATAS TALIAN ('ONLINE') melalui laman sesawang ejobs.maidam.gov.my/v2
(b) Pegawai Sedang Berkhidmat : Patuhi Perintah Am Bab "A" 21 (Bagi pegawai yang memohon jawatan dikehendaki menyertakan Laporan Penilaian Prestasi dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini).
(c) Pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan pengalaman kerja.
(d) Hantar Permohonan Kepada : Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu
Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
 

 6. MAKLUMAN:

(a) Hanya calon-calon yang lulus asas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
(c) Bagi calon-calon Pegawai Sedang Berkhidmat, kegagalan mengemukakan salinan Kerakyatan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan menyebabkan calon tidak dipanggil temuduga