Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 
 Jawatan :  AKAUNTAN
 Kod Gaji :  WA41
 Kod Skim :  
 Jabatan :  Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Kewangan
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pengurusan & Profesional

 Taraf Jawatan : Contract Of Service
 

 2. SYARAT LANTIKAN :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Rakyat Negeri Terengganu
 
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
 
dan
 
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,820.00);
 
atau
 
(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,820.00);
 
atau
 
(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,820.00)
 

 3. SYARAT-SYARAT LAIN:

 
(a) Syarat Bahasa Melayu :
 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 

 4. SYARAT TAMBAHAN :

 
(a) (i) Boleh membaca Al Quran dan Jawi yang akan diuji semasa temuduga
 
Dan
 
(ii) Mempunyai sekurang-kurangnya lima (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang perakaunan atau pengurusan kewangan di mana-mana agensi awam atau swasta.
 
Dan
 
(iii) Mahir dan mempunyai pengalaman dalam menggunapakai Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS)
 

 5. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

 
Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
 

 6. CARA MEMOHON:

 
(a) Borang permohonan : Permohonan hendaklah diisi SECARA ATAS TALIAN ('ONLINE') melalui laman sesawang ejobs.maidam.gov.my/v2
(b) Pegawai Sedang Berkhidmat : Patuhi Perintah Am Bab "A" 21 (Bagi pegawai yang memohon jawatan dikehendaki menyertakan Laporan Penilaian Prestasi dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini).
(c) Pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan pengalaman kerja.
(d) Hantar Permohonan Kepada : Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu
Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
 

 6. MAKLUMAN:

(a) Hanya calon-calon yang lulus asas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
(c) Bagi calon-calon Pegawai Sedang Berkhidmat, kegagalan mengemukakan salinan Kerakyatan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan menyebabkan calon tidak dipanggil temuduga