Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

 1. MAKLUMAT JAWATAN :

 
 Jawatan :  PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (AGAMA)
 Kod Gaji :  DG41
 Kod Skim :  DG41(A)
 Jabatan :  Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu
 Klasifikasi :  Perkhidmatan Pendidikan
 Kumpulan Perkhidmatan :  Pengurusan & Profesional

 Taraf Jawatan : Contract Of Service
 

 2. SYARAT LANTIKAN :

 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

2.1 Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman;
 
3.2 Sihat tubuh badan;
 
3.3 Umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2022.
 
3.4 Memiliki kelulusan akademik :
 
3.4.1 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
3.4.2 Keutamaan akan ditawarkan kepada mereka yang memiliki Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
 
3.5 Wajib mendapatkan Dos Imunisasi COVID-19 yang lengkap.
 

 5. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

 
Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
 

 6. CARA MEMOHON:

 
(a) Borang permohonan : Permohonan hendaklah diisi SECARA ATAS TALIAN ('ONLINE') melalui laman sesawang ejobs.maidam.gov.my/v2
(b) Pegawai Sedang Berkhidmat : Patuhi Perintah Am Bab "A" 21 (Bagi pegawai yang memohon jawatan dikehendaki menyertakan Laporan Penilaian Prestasi dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini).
(c) Pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan pengalaman kerja.
(d) Hantar Permohonan Kepada : Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu
Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
 

 6. MAKLUMAN:

(a) Hanya calon-calon yang lulus asas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
(c) Bagi calon-calon Pegawai Sedang Berkhidmat, kegagalan mengemukakan salinan Kerakyatan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan menyebabkan calon tidak dipanggil temuduga