|
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-
|
1. MAKLUMAT JAWATAN : |
|
Jawatan |
: |
PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM |
Kod Gaji |
: |
S19 |
Kod Skim |
: |
|
Jabatan |
: |
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu |
Klasifikasi |
: |
Perkhidmatan Sosial |
Kumpulan Perkhidmatan |
: |
Pelaksana |
|
Taraf Jawatan |
: |
Contract Of Service |
|
|
|
|
2. SYARAT LANTIKAN : |
|
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
|
(a) |
|
Rakyat negeri Terengganu |
|
|
(b) |
|
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan; dan
|
|
|
(c) |
(i) |
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
• Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
• Lulus dalam subjek Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,352.00); atau
|
|
|
|
(ii) |
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,408.40); atau
|
|
|
|
(iii) |
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
|
|
|
|
3. SYARAT-SYARAT LAIN: |
|
|
|
|
|
|
|
(a) |
|
Syarat Bahasa Melayu :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
|
|
|
(b) |
|
Boleh membaca Al-Qur’an dan tulisan jawi yang akan diuji semasa temuduga. |
|
|
(c) |
|
Boleh merangka kandungan media sosial content creator yang akan diuji semasa temuduga. |
|
|
|
5. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN: |
|
Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
|
|
6. CARA MEMOHON: |
|
(a) |
Borang permohonan |
: |
Permohonan hendaklah diisi SECARA ATAS TALIAN ('ONLINE') melalui laman sesawang ejobs.maidam.gov.my/v2 |
(b) |
Pegawai Sedang Berkhidmat |
: |
Patuhi Perintah Am Bab "A" 21 (Bagi pegawai yang memohon jawatan dikehendaki menyertakan Laporan Penilaian Prestasi dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini). |
(c) |
Pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan pengalaman kerja. |
(d) |
Hantar Permohonan Kepada |
: |
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu
Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
|
|
|
6. MAKLUMAN: |
(a) |
Hanya calon-calon yang lulus asas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga |
(b) |
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya |
(c) |
Bagi calon-calon Pegawai Sedang Berkhidmat, kegagalan mengemukakan salinan Kerakyatan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan menyebabkan calon tidak dipanggil temuduga |
|
|